Diam aku.

Diam aku adalah saat dikelilingi oleh masyarakat yang sibuk mengejar dunia. Diam aku adalah sesaat hujan tiba dengan lebat, dan kilat sahut sahutan. Diam aku adalah saat aku terjaga dari tidur oleh kerana mimpi yang tidak menyenangkan. Diam aku adalah moment moment yang penuh dengan kesepian, didatangi suasana yang hening. Keputus-asaan, kerahsiaan, ketakutan dalam mencari konklusi yang nyata membuat aku terduduk, hilang konsentrasi di dalam semua yang aku lihat dengan kedua belah mata aku, suara bagai diletakkan di dalam mod senyap. Beku. Beku gara gara ditindas akibat mencuba. Terus, Diam aku adalah saat yang paling bahagia, tiada kontemplasi dari manusia. Hidup. Walaupun dibawah sinaran serius manusia.

No comments: